POSISI PEMAIN DALAM PADANG




Posisi Pemain Sepak Bola – Kita semua pasti tahu, bahwa dalam permainan sepak bola, jumlah masing-masing pemain dari formasi sebuah tim adalah 11 orang.

Yaitu terdiri dari seorang kiper, dan sepuluh orang pemain yang dibagi menjadi berbagai posisi di lapangan dan tentunya dengan tugasnya masing-masing. Antaranya :-



 PENJAGA GAWANG ( GK)



Di dalam bola sepak, penjaga gol mengambil kedudukan yang mewakili garis akhir pertahanan antara serangan lawan dan gol pasukannya. Peranan utama penjaga gol adalah untuk mempertahankan gol pasukannya dan juga lawan daripada menjaringkan gol. Penjaga gol juga adalah satu-stunya pemain yang dibenarkan untuk memegang bola dengan tangan atau lengannya dalam permainan terbuka. Setiap pasukan diwajibkan mempunyai satu penjaga gol di padang pada semua ketika semasa suatu perlawanan berlangsung.


Jika penjaga gol terpaksa keluar disebabkan kecederaan atau dibuang padang, pemain lain mesti mengambil peranan berkenaan, walaupun pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol gantian/atau sudah menggunakan kesemua penggantian yang diuntukkan.

Penjaga gol sering disingkatkan kepada GK (bahasa Inggeris: goalkeeper) dalam kad barisan mula, laporan perlawanan, dan sari kata TV. Perkataan keeper dan goalie juga biasa digunakan. Posisi ini digunakan dalam percakapan dirujuk sebagai 'penjaga' atau 'orang di antara palang'.


Apabila memberi nombor kepada pemain dalam pasukan, jersi nombor 1 biasanya dikhaskan kepada penjaga gol sekiranya nombor skuad tidak diamalkan.


PEMAIN PERTAHANAN





Dalam permainan bola sepak, pemain pertahanan merupakan pemain yang ditugaskan untuk menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol.


Posisi

Terdapat empat posisi yang boleh diisi pemain pertahanan.


Centre back (CB)



Tugas seorang centre back ialah:

· Mengawal pemain lawan daripada melakukan percubaan.

· Membuat terjahan kepada pemain yang menyerang.

· Menghalang hantaran dan rembatan yang dilihat merbahaya.

· Bertahan semasa pemain lawan melakukan sepakan sudut.

· Membina tektik asas pasukan.

· Mengekalkan postur semasa bertahan.

· Bermain secara ringkas.

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi centre back:


 Tinggi, tandukan yang bagus, dan keupayaan melompat untuk bersaing dalam perebutan diudara.

 Kebolehan dari segikekuatan, mengawal dan melakukan terjahan dalam situasi satu lawan satu.

 Berani dan agresif dalam mencabar lawan.

 Bijak membaca permainan.

 Kosenstrasi yang tinggi.



Full back (FB)

Wing back ( Right Back / Left Back (RB ) / (LB))



Pemain posisi full back ditugaskan untuk menghalang pihak lawan daripada membuat hantaran lintang dalam kotak penalti. Dalam sistem bertahan, full back ditugaskan untuk mengawal pemain lawan.

Tugas seorang full back ialah:

· Memberi halangan fizikal kepada pemain lawan.

· Lontaran ke dalam sering dilakukan pemain full back.

· Mengawal pemain lawan yang menyerang.

· Mengekalkan disiplin secara tektikal.

· Memberi petunjuk semasa melakukan hantaran


· Kriteria yang diperlukan untuk menjadi full back:

· Stamina.

· Kebolehan menggelecek.

· Kebolehan mengawal dan melakukan terjahan.

· Kebijaksaan dalam permainan.


RB dan LB merupakan bek sayap yang mengapit CB (bek tengah). Tugas dari RB dan LB pada prinsipnya sama dengan tugas CB yaitu menghalang pergerakan pemain lawan yang berpotensi menciptakan gol. Namun, RB dan LB fokus pada pemain-pemain lain yang membangun serangan dari bahagian sayap dan berkemungkinan membuat crossing. 


Dalam formasi tertentu RB dan LB juga dapat membantu menghantar bola kepada winger atau pemain tengah.


Sweeper (SW)



Posisi sweeper dilihat sebagai posisi yang lebih bebas berbanding posisi yang pertahanan lain. Posisi ini juga digelar sebagai libero (daripada bahasa Itali yang bermaksud bebas.). Sweeper sering kali terbabit untuk melakukan serangan balas. Justeru, posisi ini memerlukan skil hantaran dan kawalan bola yang bagus.

Sekali sekala sweeper dilihat bergerak ke hadapan. Dalam bola sepak moden posisi sweeper jarang digunakan oleh kelab-kelab masa kini.


PEMAIN TENGAH (Midfielders)



Dalam bola sepak, seorang pemain tengah ialah seorang pemain yang posisinya terletak di tengah padang di antara penyerang dan pertahanan . Fungsi utama mereka ialah untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan, mengawal bola, dan menghantarnya kepada penyerang, dan mungkin turut menjaringkan gol. Sesetengah pemain tengah turut bermain secara lebih bertahan, manakala yang lain mengaburkan sempadan di antara pemain tengah dan penyerang. Jumlah pemain tengah yang digunakan oleh pasukan mungkin berbeza, bergantung pada formasi bola sepak dan peranan setiap pemain. Kumpulan pemain tengah dalam sebuah pasukan dikenali sebagai the midfield.


Pemain tengah yang lebih sempurna memerlukan sebilangan kemahiran di tahap kecergasan yang tinggi: mereka merebut, menggelecek, menendang dan menghantar bola di dalam apa-apa perlawanan. Kebanyakan pengurus akan meletakkan sekurang-kurangnya seoranng pemain tengah di tengah padang dengan satu tugasan memecahkan serangan pemain lawan manakala pemain lain akan lebih mahir mencipta gol atau mempunyai tanggungjawab yang serupa bagi serangan atau pertahanan, atau seorang pemain sayap,atau lebih kepada seorang pemain penyerang yang tugas utamanya adalah menyerang.


Pada dasarnya,seorang pemain tengah yang bagus mesti mempunyai kebolehan suka bertarung dan juga mempunyai kreativiti. Seorang penyerang tanpa sokongan pemain tengah akan mengurangkan peluang menyerang, manakala pertahanannya pula akan selalu teruji. Oleh kerana mereka menguasai bahagian-bahagian penting di dalam padang, berbanding dengan pemain lain, pemain tengah mungkin lebih banyak mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan terutamanya jika mereka mempunyai pandangan yang cukup jelas untuk membuat hantaran yang baik atau kebolehan untuk menjaringkan gol.


Biasanya pemain tengah menghabiskan paling banyak tenaga semasa satu-satu perlawanan disebabkan jarak yang mereka rangkumi di atas padang kerana pada masa-masa tertentu, mereka terpaksa balik ke kawasan pertahanan, atau diperlukan untuk serangan dengan penyerang


Pemain Tengah Sentral @ CM (Centre Midfielder)



Pemain tengah sentral bermain banyak peranan di dalam permainan padang dan mungkin yang paling penting di dalam membuat serangan. Kedudukan mereka membolehkan mereka mendapat pandangan keseluruhan perlawanan, dan kerana kebanyakan tindakan berlaku di dalam kebanyakan kawasan mereka, pemain tengah juga biasanya bersungguh-sungguh memberikan kawalan yang paling tinggi bagaimana satu-satu perlawanan ini dimainkan.Di bahagian padang ini dikenali sebagai satu "bilik enjin" pasukan, kerana pasukan yang bagus jarang berjaya tanpa pemain tengah yang berkemahiran atau pemain tengah sentral yang pandai memberikan arahan.



Penyerang (FW) - CF, LF, RF 



Penyerang (Bahasa Inggeris: Forward, sering disingkatkan sebagai FW) merupakan salah seorang pemain dalam sebuah pasukan bola sepak. Pemain di posisi ini merupakan pemain yang paling hampir dengan kawasan gol (dalam kotak penalti) pemain lawan dan ditugaskan untuk menjaringkan gol. Posisi ini lebih kepada menyerang berbanding bertahan dan mampu untuk menghasilkan banyak gol berbanding pemain yang lain. Mereka yang bermain di posisi ini lebih dikenali dan sering merupakan pemain termahal dalam sesebuah pasukan.


Dalam formasi bola sepak moden pasa masa kini, selalunya terdapat satu hingga tiga orang penyerang; dua penyerang sering digunakan. Jurulatih selalunya meletakkan seorang penyerang pada posisi paling hadapan (penyerang tengah) dan seorang lagi bermain sebagai penyerang kedua untuk melakukan hantaran dan menjaringkan gol.





Ulasan