Cara-Cara Bermain Bola Tampar
Di dunia moden, sukan dan gaya hidup yang sihat dipopulerkan. Orang mencuba diri dalam sukan yang berbeza, salah satunya adalah bola tampar. permainan aktif dan aktif yang disertai dengan reaksi cepat dan keupayaan untuk berfikir melalui langkah-langkah yang akan datang. Cara-caranya ialah
Pukulan servis
-Pukulan servis dilakukan apabila mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggan lawan
Antara pukulan servis yang sering dilakukan oleh pemain profesional ialah :
Pukulan atas bahu
1)Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.
2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.
3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.
2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.
3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.
Contoh:
Teknik menyangga
-Teknik menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. teknik menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
Contoh:
Pukulan mengumpan
-Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.
Contoh:
Teknik menghadang
-Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.
Contoh:
Pukulan rejam
-Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.
Contoh:
Ulasan
Catat Ulasan