Peraturan Permainan Bola Tampar

 

Peraturan Bola Tampar

Peraturan Dan Undang-Undang Permainan

Kawasan Permainan

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas
Dimenesi

Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang- kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-kurangnya 7m dari permukaan permainan.

Untuk pertandingan dunia FIVB ( Fédération Internationale de Volleyball ),zone bebas hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.

Contoh: 



Pengiraan Mata

Pengiraan mata Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan melakukan kesilapan.Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali,pasukan mendapat servis dan juga satu mata.Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set terbaik daripada 5set (BestOf5) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama hingga set keempat (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan,iaitu set kelima,ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan,pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.

Putaran Servis


Putaran Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis, Servis pertama mestilah bermula pada pemain nombor 1. Semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain diposisi 2 berputar keposisi 1 untuk membuat servis,pemain posisi 1 akan berputar keposisi 6 dan seterusnya.

Pemain Libero


Pemain Libero (Peraturan FIVB) Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan. Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asa lapabila bergerak ke kedudukan hadapan. Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.

Ulasan