Cara Permainan Sepak Takraw
- Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain.
- Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan “Tekong” (server).
- Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan ‟Apit Kiri ‟ manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan ‟Apit Kanan ‟. Kedua-dua pemain dinamakan ‟Apit‟.
- Kejohanan Berpasukan
- Pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12) orang.
- Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan.
- Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.
- Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja.
- 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
- Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
- Kejohanan Antara Regu
- Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5 orang pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua mesti didaftarkan.
- 3 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
- Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
- Cara permainan Tekong didalam Sepak Takraw
- Tekong
- Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola, membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.
- Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
- Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan lambungan.
- Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.
- Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola, membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.
- Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
- Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan lambungan.
- Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.
Cara permainan Killer di dalam Sepak Takraw
- Tugas seorang 'killer' ataupun pemain kanan biasanya untuk mematikan bola dan mengawal kawasan hadapan dari percubaan pihak lawan mematikan bola.
Cara permainan Feeder di dalam Sepak Takraw
- Feeder ataupun pemain di sebelah kiri bertanggungjawab untuk mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas mematikan bola di gelanggang lawan.
- Feeder juga boleh 'menyediakan' bola itu di arah atau tempat yang cantik supaya boleh 'killer' cuba matikan
Sumber : https://penahitamputih.wordpress.com/1-sejarah-sepak-takraw/peraturan-sepak-takraw/
http://tmkstakraw.blogspot.com/2012/04/kemahiran-asas-dalam-sepak-takraw.html
Ulasan
Catat Ulasan